GUANGDONG - Seorang lelaki berusia 30 tahun terpaksa menanggung kesakitan apabila secara tidak sengaja terduduk pada seekor ikan mengakibatkan ikan itu termasuk ke dalam rektumnya. Bagaimanapun, melalui laporan Daily Mail, tidak dinyatakan ukuran ikan tetapi spesies talapia hitam biasanya berukuran panjang 30 hingga 40 sentimeter. Lelaki itu telah pergi ke Hospital Zhaoqing di wilayah Guangdong, China selatan pada Selasa. Doktor yang membuat imbasan x-ray itu terkejut melihat seekor ikan berada dalam rektum mangsa. Pesakit mendakwa bahawa ikan itu masuk ke dalam rektumnya setelah dia secara tidak sengaja duduk di atasnya dan mengalami sakit perut, menurut Guangdong Television. Doktor berjaya mengeluarkan ikan yang telah mati dari rektumnya menerusi satu pembedahan dan pesakit semakin pulih.