Henti kelirukan pelanggan Islam!

Khalid (kanan) menunjukkan sijil halal yang dimiliki sebuah restoran makanan segera.
Khalid (kanan) menunjukkan sijil halal yang dimiliki sebuah restoran makanan segera.
A
A
A

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan mengarahkan pemilik premis makanan bukan Islam di negeri ini agar menurunkan papan tanda mengandungi perkataan atau logo-logo yang melambangkan agama Islam.

Ketua Pengarahnya, Khalid Tik berkata, penggunaan perkataan atau logo-logo yang melambangkan Islam seperti kubah masjid pada papan tanda nama kedai makan boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan Islam yang menitik beratkan persoalan halal dalam makanan mereka.

“Setakat pemeriksaan secara berterusan yang diadakan pihak kami, belum menjumpai kes seumpamanya di negeri ini, namun sekiranya ada, saya menasihatkan kepada pihak pemilik premis supaya menukar papan tanda atau tulisan tersebut.

“Isu berkait makanan halal ini mendapat perhatian serius bagi pengguna di negara ini, terutama bagi mereka yang beragama Islam. Pihak kami mengambil berat isu tular membabitkan restoran 24 jam yang mempamerkan ayat al-Quran tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan tidak mahu kes seperti itu berlaku di negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KPDNHEP negeri, di sini, hari ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!