Pesakit diabetes kena sedar diri apabila makan durian

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

MESEJ-MESEJ kumpulan WhatsApp kawan-kawan Merak Jalanan kini mula dipenuhi dengan gambar-gambar buah durian.

Ada yang tayang isinya berwarna kuning keemasan, putih gebu, lemak manis dan penuh berkrim.

Daripada jenis durian kampung, sampailah ke musang king, udang merah, IOI, D24 dan blackthorn yang memang popular dalam kalangan penggemar raja buah itu.

Berdasarkan bancian oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada tahun 2006, daripada 1,098 responden, terdapat sebanyak 96 peratus gemar makan durian.

Di Malaysia, keluasan tanaman pokok durian yang direkodkan pada tahun lalu adalah sekitar 110,000 hektar dengan beberapa negeri mendominasi tanaman durian iaitu di Perak, Johor dan Pahang.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk ulas dan pes ke China sebanyak 223,716 tan metrik dengan nilai eksport sebanyak RM350 juta pada tahun lalu.

Secara amnya, durian mengandungi 65 peratus air, 27 peratus karbohidrat termasuk empat peratus serat, lima peratus lemak dan satu peratus protein.

Dalam satu cawan 250 gram isi durian (dua atau tiga ulas durian) mempunyai 360 kilokalori (kCal) yang kebanyakannya lemak dan karbohidrat.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan keperluan tenaga dewasa, pengambilan secawan isi durian hampir memenuhi jumlah kalori diperlukan seseorang untuk makan pagi, tengah hari atau makan malam.

Bagi pesakit diabetes, mereka tidak digalakkan mengambil durian dalam jumlah yang banyak kerana durian mengandungi karbohidrat iaitu gula dalam bentuk glukosa dan fruktosa yang tinggi.

Mereka yang menghidap diabetes kenalah beringat kalau hendak makan durian. Seorang doktor pernah pesan kepada Merak Jalanan, kalau hendak makan sebiji tidak boleh tapi seulas, dua pun sudah cukup.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!