Sindiket dadah guna produk susu unta, kambing tumpas

Peket susu yang bercampur dengan dadah.
Peket susu yang bercampur dengan dadah.
A
A
A

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang berselindung di sebalik perniagaan produk susu unta dan susu kambing pra campuran bercampur dadah jenis ketamin seberat 2,500 kilogram bernilai RM100 juta.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Kastam daripada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Pelabuhan Klang, Selangor pada Khamis lalu.

"Serbuan dilakukan pada jam 1 tengah hari dan telah menahan sebuah kontena 20 kaki yang tiba dari sebuah pelabuhan di Asia Selatan.

"Pemeriksaan telah menjumpai sejumlah peket produk susu unta dan susu kambing pra campuran keluaran tempatan yang turut mengandungi dadah ketamin dengan berat kasar 2,500 kilogram atau 2.5 tan," katanya pada sidang akhbar di JKDM Cawangan Narkotik di Kampung Jijan di sini hari ini.

Abdul Latif (dua dari kanan) menunjukkan kotak berisi produk susu unta dan kambing pra campuran yang dirampas.
Abdul Latif (dua dari kanan) menunjukkan kotak berisi produk susu unta dan kambing pra campuran yang dirampas.

Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki warga asing berusia 55 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kontena berkenaan yang diikrar sebagai produk susu unta dieksport keluar pada akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kandungan di dalam kontena berkenaan dipercayai telah ditukar kepada dagangan yang hampir serupa, tetapi diisi dengan campuran serbuk disyaki mengandungi dadah ketamin sebelum diimport semula.

Artikel Berkaitan:

"Modus operandi sindiket yang menggunakan susu pra campuran pertama kali dilakukan, biasanya sindiket ini gunakan produk teh.

"Bahkan ini juga kali pertama produk ditolak oleh negara penerima dan dihantar semula ke negara ini dan kita percaya produk ini telah dicampur dengan dadah di negara penerima," katanya.

Abdul Latif berkata, suspek kini direman 10 hari bermula 4 Jun lalu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!