Lelaki tertua di dunia meninggal dunia
TOKYO - JEPUN. Lelaki tertua di dunia, Masazo Nonaka yang lahir dua tahun selepas adik beradik Wright melancarkan kapal terbang pertama meninggal dunia pada usia 113 tahun pada Ahad.
Menurut Rekod Dunia Guinness, Nonaka dilahirkan pada Julai 1905 beberapa bulan sebelum saintis terkemuka dunia, Albert Einstein menerbitkan teori khas relativiti.
"Kami berasa amat terkejut dengan pemergiannya. Dia berada dalam keadaan sihat semalam," kata cucunya, Yuko.
Nonaka mempunyai tujuh adik beradik dan berkahwin pada 1931 serta dikurniakan lima cahaya mata.
Dia menguruskan sebuah kolam air panas di bandar kelahirannya dan menghabiskan masa menonton gusti sumo serta memakan gula-gula. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!