Hotel di Johor tawar diskaun 50 peratus

Industri pelancongan di Johor dijangka bergerak semula selepas PKPP dilaksanakan esok. (Gambar kecil: Onn Hafiz Ghazi)
Industri pelancongan di Johor dijangka bergerak semula selepas PKPP dilaksanakan esok. (Gambar kecil: Onn Hafiz Ghazi)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengalu-alukan kedatangan pelancong domestik ke negeri ini susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok.

Exco Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, terdapat hotel di negeri ini menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di samping pelbagai pakej dan promosi besar-besaran bagi menarik kedatangan pelancong.

Menurutnya, pusat membeli belah terkenal di negeri ini iaitu Johor Premium Outlet (JPO) turut menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

"Kerajaan negeri juga sedang merangka pelan bagi memulihkan dan merancakkan semula industri pelancongan, strategi yang berdaya tahan serta bersedia berhadapan normal baharu bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

"Diharapkan sektor pelancongan di negeri ini kembali menjana pendapatan dan peluang pekerjaan," katanya hari ini.

Katanya, enam daerah utama di negeri ini yang sering dikunjungi pelancong domestik dan antarabangsa ialah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Muar dan Kluang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!