Sifar jangkitan tempatan libatkan rakyat Malaysia

Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
Dr Noor Hisham - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini mencatatkan sifar kes positif wabak koronavirus (Covid-19) penularan tempatan melibatkan warganegara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, enam melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu kes tempatan membabitkan warga asing.

Selain itu, katanya, kes discaj juga mencatatkan jumlah tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan iaitu seramai 281 kes.

"Ini merupakan jumlah discaj tertinggi yang pernah dicatat setakat ini menjadikan kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,975 kes atau 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Sehingga kini, sebanyak enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 117 kes," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan daripada 8,336 kes positif Covid-19 di mana 1,244 kes masih aktif dengan kebolehjangkitan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!