Persiapan Kedai Gunting Rambut PKPP
Pendandan Rambut, Aidil Izman Muhammad, 20, menampal notis ‘X’ untuk tujuan penjarakan sosial ketika mengemas premisnya yang akan dibuka esok di kedai gunting rambut Rockabilly di Fair Park hari ini.
Pekerja kedai gunting rambut Ever Green di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim bersiap sedia dengan pakaian mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi perkhidmatan gunting rambut yang boleh beroperasi mulai esok.
Tukang gunting rambut Mohd Rozzi Mohammad Nayan, 34, sudah menyediakan kelengkapan pakaian pelindungan diri (PPE) sebagai persediaan membuka semula perkhidmatan gunting rambut selepas kerajaan membenarkan sektor tersebut kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Taman PKNK, Alor Setar, hari ini.
Pendandan Rambut, Aidil Izman Muhammad, 20, membersihkan premis sebelum dibuka esok di kedai gunting rambut Rockabilly di Fair Park hari ini.
Seorang pekerja dandanan rambut, menampal notis pita membentuk ‘X’ untuk tujuan penjarakan sosial mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum beroperasi semula esok di sebuah kedai gunting rambut di Kompleks Ujana Kewangan Labuan hari ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!