JBPM Johor terima empat unit FRV

JBPM Johor menerima empat unit Fire Response Vehicle jenis Mitsubshi Trition bernilai RM185,000.
JBPM Johor menerima empat unit Fire Response Vehicle jenis Mitsubshi Trition bernilai RM185,000.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima empat unit Fire Response Vehicle (FRV) jenis Mitsubshi Trition bernilai RM185,000.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, jentera terbabit akan digunakan dalam situasi memadam kebakaran hutan sekiranya kawasan terbabit tidak boleh dilalui jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Menurutnya, empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terpilih menerima FRV terbabit ialah BBP Pontian, BBP Kota Tinggi, BBP Yong Peng dan BBP Tangkak.

"Pemilihan balai-balai tersebut berdasarkan kekerapan kebakaran hutan di samping membantu pencapaian 'ResponseTime' di bawah 10 minit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan warga kota yang akan pulang ke kampung bermula esok berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu memastikan kediaman yang ditinggalkan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!