Individu bersalah perlu diketepikan untuk pemerintahan baik

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Untuk mengembalikan pemerintahan yang baik dan mampu bangunkan negara, mereka yang terlibat dalam kegiatan salah perlu diketepikan dan diambil tindakan.

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata individu berkenaan pula harus sedar nasib mereka ini disebabkan oleh tindakan terdahulu yang tidak menjalankan tugas seperti dikehendaki.

"Semasa saya dilantik sebagai perdana menteri pada 1981, saya ambil alih pemerintahan tanpa banyak masalah, segalanya teratur, semua orang tahu cara kerja dan tahu apakah kuasa boleh gunakan untuk diri sendiri atau tidak.

"Masing-masing jalankan tugas dengan sempurna dan dunia juga iktiraf pentadbiran Malaysia adalah yang terbaik pada masa itu," katanya dalam ucaptama sempena Majlis Perjumpaan Pegawai Kanan Kerajaan bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini, malam ini.

Katanya kesan kerosakkan dilakukan pemimpin tertinggi terdahulu menyebabkan jentera kerajaan yang dahulunya dipandang tinggi dan berwibawa, kini tidak lagi dianggap demikian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!