Peter Anthony beri keterangan kepada SPRM Sabah

Menteri Pembangunan Infrastruktur yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony melambaikan tangan kepada para penyokongnya ketika tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah untuk memberi keterangan di sini hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony hari ini hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk memberi keterangan.

Beliau dilihat tiba di pejabat berkenaan pada jam 10.20 pagi dengan ditemani peguamnya, Cedric Choo dan selesai memberi keterangan jam 5.20 petang.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan, Peter berkata ia adalah proses biasa dalam memberi keterangan kepada SPRM, susulan ada laporan yang dibuat oleh pihak tertentu.

"Ini adalah keterangan mengenai beberapa projek berkaitan dengan kerajaan negeri, saya sedia bekerjasama, dan akan datang pada bila-bila masa untuk memberi keterangan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!