Perancis larang polis guna teknik kunci leher

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PARIS - Perancis melarang polis menggunakan teknik mengunci leher ketika menahan pesalah berikutan kematian George Floyd di Amerika Syarikat (AS).

Menurut kumpulan pemerhati polis Perancis berkata, hampir 1,500 aduan terhadap pegawai polis diterima pada tahun lalu dan sebahagian daripadanya didakwa melakukan keganasan.

Rentetan daripada penunjuk perasaan baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner mengumumkan kaedah kuncian leher itu akan dihapuskan.

"Ia tidak akan diajar lagi di pusat latihan polis kerana ianya adalah kaedah yang membahayakan," katanya.

Menurutnya, negara itu tiada toleransi bagi sentimen perkauman dalam penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana pegawai yang disyaki rasis akan digantung tugas.

Semalam, Presiden Emmanuel Macron mendesak langkah meningkatkan etika polis dipercepatkan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!