Kereta terjunam: Operasi 12 jam dihentikan

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan jam 7 petang tadi dan bersambung esok pagi.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan jam 7 petang tadi dan bersambung esok pagi.
A
A
A

GEORGETOWN - Operasi mencari dan menyelamat sebuah kereta bersama pemandunya yang terhumban ke dalam laut dihentikan kerana keadaan cuaca yang semakin gelap.

Komander Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, ia dihentikan pada jam 7 malam tadi selepas pasukan penyelamat tidak menemui kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Mazda CX-5 berwarna putih tersebut.

“Pencarian dilakukan di kawasan sekitar Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang dan kawasan sekitar radius 25 meter persegi. Bagaimanapun, kita gagal menemui kereta tersebut.

“Antara cabaran dalam operasi ini adalah arus deras dan keadaan berkabut yang menyukarkan pencarian kenderaan terbabit. Pasukan menyelam telah menyelam sedalam 20 meter namun setelah 12 jam mencari, kita masih belum menemui kereta dan pemandunya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan pagi esok bersama Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Pertahanan Awam Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!