Kes positif berkurang, KKM tumpu kajian genomik

Virus Covid-19 - Foto 123RF
Virus Covid-19 - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kes positif Covid-19 yang semakin berkurangan akan membolehkan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia menumpukan kajian terhadap genomik berkaitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, ia juga merupakan tanggungjawab bersama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk menjalankan kajian itu.

“Saya percaya, mungkin di negara kita telah ada ketiga-tiga strain tersebut (Covid-19) iaitu strain A, B dan C sebab warga Malaysia yang pulang dari pelbagai negara.

"Tetapi ini kena dijalankan kajian supaya kita dapat buktikan jenis-jenis strain tersebut (telah ada) dan juga sama ada telah mutasi ataupun tidak,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, kebanyakan kes positif yang dikesan pada gelombang pertama dan bahagian awal gelombang kedua adalah dari Strain B, iaitu persamaan dengan jenis strain yang terdapat di Wuhan, China.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!