Rantau Panjang perlu pasar basah, kering

Kawasan lapang yang sesuai dijadikan sebagai tapak pembinaan pasar basah dan kering yang dijangka merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Rantau Panjang.
Kawasan lapang yang sesuai dijadikan sebagai tapak pembinaan pasar basah dan kering yang dijangka merancakkan lagi perkembangan ekonomi di Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang mahu kerajaan membina sebuah pasar basah dan kering dalam usaha merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi penduduk setempat menerusi aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

Pengerusinya, Ramli Abdullah berkata, kewujudan pasar itu dilihat satu keperluan dalam usaha 'memulihkan' semula pertumbuhan ekonomi di zon bebas cukai Rantau Panjang yang makin menguncup sejak beberapa tahun lalu.

"Saya yakin dan percaya dengan adanya pasar basah serta kering ekonomi di zon membeli-belah ini akan kembali pulih. Dalam masa yang sama ia turut menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Secara tidak langsung, kegiatan jual beli akan makin berkembang seperti di kawasan-kawasan lain di negeri ini," katanya.

Menurutnya, ketiadaan pasar basah dan kering itu memberikan kesukaran kepada masyarakat setempat dan peniaga-peniaga kecil untuk mendapatkan bahan mentah.

 Ramli Abdullah
Ramli Abdullah

Katanya, ketika ini penduduk setempat terpaksa berulang-alik dari Rantau Panjang ke Pasar Tasek Raja di Pasir Mas lebih 30 kilometer (km).

"Kebanyakan bahan mentah dari Thailand masuk secara borong dan terus ke Pasar Tasek Raja.

Artikel Berkaitan:

"Jadi peniaga kecil terpaksa ke Tasek Raja untuk mendapatkan bahan mentah dan situasi itu menyebabkan penduduk setempat terpaksa membeli bahan mentah pada harga lebih tinggi sedikit," katanya.

Ramli berkata, kehadiran pasar itu juga mampu melengkapkan 'pakej' Rantau Panjang sebagai salah satu 'syurga' membeli-belah terkemuka di negeri ini.

Katanya, beliau optimis kewujudan pasar itu mampu menarik rakyat Thailand khususnya di Pekan Golok untuk bertandang ke Rantau Panjang bagi mendapatkan barangan basah dan produk-produk makanan halal keluaran tempatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!