Penduduk Labuan, rakyat Sabah dikecualikan jalani ujian Covid-19
KOTA KINABALU - Penjawat awam, pekerja sektor swasta, penduduk Wilayah Persekutuan Labuan (WP) dan rakyat Sabah yang berada di wilayah itu dikecualikan menjalani ujian koronavirus (Covid-19) apabila masuk ke negeri ini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pengecualian itu dibuat selepas kerajaan negeri hari ini memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah sama ada melalui udara dan laut.
Bagaimanapun, bagi mereka yang bukan penduduk Sabah dan bukan warganegara Malaysia diwajibkan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
"Antaranya mengemukakan pas kerja dan pas-pas lain yang masih sah setibanya di Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!