Suria KLCC laksana penambahbaikan di Ramlee Mall

Ruangan yang ditambah baik oleh pengurusan Suria KLCC bagi menarik lebih pelanggan ke pusat membeli belah itu selepas ini.
Ruangan yang ditambah baik oleh pengurusan Suria KLCC bagi menarik lebih pelanggan ke pusat membeli belah itu selepas ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suria KLCC Sdn Bhd melaksanakan penambahbaikan melibatkan ruangan tambahan di Ramlee Mall dengan menyediakan lebih 60 kedai buat pengunjung di sini.

Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, penambahbaikan yang dilaksanakan ini bukan sahaja mampu menarik pengunjung ke pusat membeli belah terbabit namun turut memberikan lebih pilihan buat para pelanggan mereka.

Andrew berkata, pihaknya merasa berbangga apabila proses penambahbaikan dan pengubahsuaian itu dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini.

"Kami berjaya memastikan penambahabaikan dilakukan di pusat membeli-belah ini dengan menyediakan barisan jenama premium, perniagaan tempatan dan pilihan makanan serta minuman (F&B) buat para pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Andrew berkata, menerusi penambahbaikan ini, Suria KLCC turut berjaya membawa masuk beberapa jenama baharu dalam pasaran Malaysia bagi meningkatkan lagi kedudukan pusat membeli belah ini di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, walaupun beberapa kedai di sini akan beroperasi secara berperingkat namun terdapat premis yang telah dilancarkan sejak awal tahun ini.

"Melalui penyusunan premis berintegrasi, Suria KLCC kini menumpukan sepenuh perhatian dalam meningkatkan daya tarikan pengunjung selain mewujudkan pengalaman membeli-belah kepada pelanggan kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!