Indonesia catat 34,316 kes positif Covid-19

Pekerja perubatan melakukan ujian pantas Covid-19 di hadapan stesen komuter Sudirman di Jakarta, Indonesia. - Foto Xinhua
Pekerja perubatan melakukan ujian pantas Covid-19 di hadapan stesen komuter Sudirman di Jakarta, Indonesia. - Foto Xinhua
A
A
A

JAKARTA - Jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat melepasi angka 34,000 dengan mencatatkan 1,959 kematian.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,241 tambahan kes positif baharu dan 36 lagi kematian.

"Kes positif kini berjumlah 34,316 manakala 14,242 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya pada sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 535 kes diikuti Jawa Timur (530 kes), Jawa Barat (161) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!