Dua maut nahas dua kenderaan

Anggota bomba berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kemalangan melibatkan kereta dan lori tangki minyak di Jalan Ayer Hitam- Johor Bahru, hari ini.
Anggota bomba berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kemalangan melibatkan kereta dan lori tangki minyak di Jalan Ayer Hitam- Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

KULAI - Dua maut apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer (km) 53, Jalan Ayer Hitam-Johor Bahru di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, pemandu kereta Proton Saga, Mohamad Nor Fahmi Suparto, 27 dan penumpang bahagian belakang, Amidah Khamis, 53 meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang lelaki di bahagian hadapan berusia 27 tahun, cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Kulai menghala ke Simpang Renggam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Seterusnya kereta mangsa bergesel dengan sebuah lori tangki minyak dari arah bertentangan.

"Akibat pergeselan itu, kereta dipandu mangsa terbabas ke bahagian kiri jalan dan melanggar sebatang pokok menyebabkan mangsa serta penumpang bahagian belakang tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Beng Yeow, pemandu lori tangki minyak berusia 48 tidak mengalami cedera.

"Pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi membantu mengeluarkan mangsa tersepit.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kulai bagi proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!