Menang kes pelik! Lelaki dapat 40,000 euro saman majikan

Kes saman majikan kerana diberi tugasan membosankan merupakan pertama kali di Perancis. - AFP Gambar kecil: Frederic Desnard
Kes saman majikan kerana diberi tugasan membosankan merupakan pertama kali di Perancis. - AFP Gambar kecil: Frederic Desnard
A
A
A

PARIS - Seorang pekerja di Perancis, Frederic Desnard, 46, dianugerahkan bayaran ganti rugi 40,000 euro (RM194,015) oleh seorang hakim sebuah mahkamah di Paris baru- baru ini selepas mendakwa pekerjaannya terlalu membosankan, lapor portal Metro.co.UK pada 9 Jun lalu.

Lelaki berketurunan Parsi itu bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah firma minyak wangi sehingga tahun 2015 telah menyaman majikannya sebanyak 550,000 euro (RM2,667,711) kerana pekerjaannya terlalu membosankan.

Pekerjaan tu menyebabkan dia menderita masalah kemurungan sehingga memaksanya berhenti kerja.

Desnard mendakwa dia kehilangan pelanggan penting yang menyebabkannya hanya diberikan tugas yang membosankan selama empat tahun.

Peguam warga Perancis itu berhujah di mahkamah bahawa dia dilanda perasaan kekecewaan akibat pekerjaan yang membosankan.

Dia pernah memberitahu tribunal pekerjaan masalahnya bermula pada tahun 2010 dengan berkata: 'Tidak ada seorang pun yang peduli jika saya datang pada pukul 9 pagi atau 10 pagi."

"Saya perlu membeli beberapa bekalan iaitu sejumlah buku kertas dan kemudian tugas saya berakhir," ujarnya.

Beberapa tugas kecil yang lain turut diberikan kepadanya adalah seperti membaiki jana kuasa wap dan mengkonfigurasi peralatan tablet.

Artikel Berkaitan:

Namun, Desnard menggangap situasinya sebagai satu penghinaan yang menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti selama tujuh bulan dan disingkirkan pada tahun 2014 berikutan tidak bekerja bagi tempoh yang lama.

Adalah dipercayai ia merupakan kes pertama seumpamanya di Perancis. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!