Disiplinkan diri dengan normal baharu

Gambar kecil: Dr Zaini Hussin
Gambar kecil: Dr Zaini Hussin
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri menasihatkan rakyat Kelantan untuk terus berdisiplin dan membiasakan diri dengan normal baharu walaupun kerajaan memberikan beberapa kelonggaran dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya ambil maklum dengan kepulangan perantau dan berharap seluruh rakyat Kelantan terus menjaga keselamatan sebaik mungkin.

"Walaupun lebih banyak sektor dibuka dan rentas negeri dibenarkan, ia bukan bermakna ancaman jangkitan koronavirus (Covid-19) sudah berakhir.

"Oleh itu kita mesti terus patuh dan mendisiplinkan diri dengan normal baharu kehidupan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pelbagai sektor dibuka secara berhati-hati dengan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi.

Katanya, kejayaan untuk melawan Covid-19 sangat penting dan dengan cara mematuhi SOP selain jaga keselamatan diri sahaja mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik.

"Patuh arahan kerajaan, ikut SOP dan jaga diri. Jaga penjarakkan sosial dan sebagainya. Hanya kita yang mampu melawan semua ini.

"Kita bantu orang lain, kita bantu jaga keluarga kita juga. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kita akan berjaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!