Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, disokong oleh minat belian susulan pengumuman pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai dasar monetari, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.2350/2410 berbanding dolar AS daripada paras 4.2485/2555 yang dicatatkan pada penutupan dagangan, semalam.

Dalam nota penyelidikannya, AmBank Reseach berkata, dolar AS susut sebanyak 0.38 peratus yang menandakan penurunannya dalam masa tiga bulan selepas pihak Fed bertindak mengekalkan kadar faedahnya pada 0.25 peratus seperti yang dijangkakan.

“Pihak Fed juga berikrar untuk mengekalkan kadar tersebut pada paras semasa dan meneruskan program pembelian aset sehingga ekonomi pulih daripada impak penularan Covid-19,” katanya.

Pada masa sama, firma penyelidikan itu menjangkakan ringgit akan diniagakan pada paras sokongan antara 4.2237 hingga 4.2364 manakala paras rintangan pada 4.2706 hingga 4.2804.

“Tumpuan utama hari ini termasuk indeks harga pengeluar AS bagi Mei dan kadar pengangguran manala di Malaysia membabitkan indeks pengeluaran pembuatan untuk April,” katanya.

Pada pembukaan dagangan hari ini, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama kecuali yen yang menyaksikannya susut kepada 3.9568/9636 daripada 3.9565/9641 pada Rabu.

Ringgit juga mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0631/0690 daripada 3.0662/0723 semalam, meningkat berbanding euro pada 4.8220/8305 daripada 4.8259/8342 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3935/4035 daripada 5.4177/4275. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!