Bunuh kekasih kerana berang dihina

Suspek berdepan penjara 15 tahun atas, perbuatannya. - Foto Tribun News
Suspek berdepan penjara 15 tahun atas, perbuatannya. - Foto Tribun News
A
A
A

JAWA BARAT - Seorang lelaki mengaku membunuh teman wanitanya kerana berang dihina gara-gara tidak bekerja sejak dua bulan lalu di Margahayu, Jawa Barat, Indonesia.

Menerusi Tribun News, Ketua Polis Margahayu, Komisioner Agus Wahidin berkata, lelaki berusia 34 tahun tersebut melakukan perbuatan itu di rumah sewa wanita terbabit yang berusia 33 tahun.

"Suspek sakit hati kerana mangsa sering beritahu dia tidak berguna dan tidak bekerja.

"Berang dengan kata-kata mangsa, suspek bertindak mencekik leher dan menekup muka dengan bantal hingga mati. Suspek juga meninggalkan mangsa sejurus kejadian," katanya.

Beliau menambah, suspek yang sudah ada isteri telah menjalinkan hubungan dengan mangsa sejak setahun lalu.

Mereka adalah rakan sekerja.

Dalam pada itu, katanya, suspek menyesali perbuatannya dan berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!