PKPP: Jumlah kenderaan di lebuh raya meningkat 100 peratus

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kenderaan di lebuh raya meningkat 100 peratus pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam susulan kebenaran perjalanan merentas negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai contoh, jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) meningkat kepada 2.04 juta semalam berbanding 1.2 juta pada hari sebelumnya, manakala di Lebuhraya Karak, jumlahnya bertambah daripada 37,789 kepada 85,985 semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau aliran trafik di semua lebuh raya dan kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh setiap pengguna yang pulang ke kampung.

"Jadi jangan bersesak-sesak di tandas awam, jangan bersesak-sesak di surau yang kita telah setuju untuk membukanya, begitu juga di gerai-gerai makan dan saya mengharapkan semua patuh SOP," katanya pada sidang media harian PKPP di sini hari ini.

Ismail Sabri mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya memandu secara berhemah berikutan peningkatan kes kemalangan maut sejak perjalanan rentas negeri dibuka. -Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!