Tolisso pilihan tepat United
BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Rafael da Silva percaya bintang tengah Bayern Munich, Corentin Tolisso, 25 berkemungkinan menjadi pilihan tepat untuk ditandatangani bekas kelabnya itu.
Rafael yang pernah beraksi dengan Tolisso dalam sainga Ligue 1 berkata, bintang Perancis itu dilihat sebagai pemain yang bersesuaian bagi memperkuatkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Malah menurut Rafael, walaupun masih memiliki kontrak di Bundesliga sehingga 2022, Tolisso juga dikaitkan dengan perpindahan musim panas ini setelah dilihat agak sukar untuk diturunkan dalam kesebelasan utama Bayern khususnya di bawah kendalian Hansi Flick.
"Dia (Tolisso) salah seorang pemain tengah terbaik yang pernah beraksi bersama saya. Saya fikir dia pemain yang sesuai untuk Manchester United dan saya harap dia ke 'sana' (Old Trafford).
"Sebelum ini Manchester United banyak membuat kesilapan dan kita mula menandatangani pemian-pemain yang mahal dan kemudiannya kita memberikannya mereka wang yang banyak. Saya tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Hamya kerana pemain berkenaan bernilai RM810 juta (£150 juta), tidak bermakna dia pemain yang bagus dan sesuai untuk pasukan. Ia terpulang kepada karakter pemain. Kita pernah buat silap dan kita berharap untuk kembali ke landasan yang betul," katanya.
Untuk rekod, Tolisso yang mula menyertai Bayern pada musim 2017 daripada Lyon dengan nilai RM198 juta (€41 juta ) dan setakat ini pemain berkenaan telah membuat 24 penampilan (hanya 15 kali diturunkan dalam kesebelasan utama) bersama gergasi Bundesliga itu selain meledak tiga jaringan selain lima assists, setakat ini.
Bagaimanapun di sebalik permulaan cemerlangnya pada aksi saingan Bundeslilga, Tolisso sebenarnya mengalami macalah kecederaan legimen setelah membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018 lalu.
Sementara itu Tolisso berkata, dia kini sedang berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan dirinya untuk membuktikan kebolehan dan seterusnya meneruskan kerjayanya selaku seorang pemain bola sepak.
Katanya, biiarpun agak sukar, namun perkara berkenaan telah mematangkannya dalam usaha kembali ke tahap terbaiknya seperti sebelum ini.
"Saya tahu saya perlu kembali ke tahap terbaik saya yang sebenar sebelum ini. Kini segalanya terserah kepada saya dan saya perlu berikan diri saya masa.
"Dengan Bayern, saya telah banyak 'bekerja' dan membuat persediaan dan ia terpulang kepada saya untuk meneruskannya sebegini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!