CAPP perkasa Program Pengurangan Risiko Daerah

Adham (dua, kiri) beramah mesra bersama kakitangan Klinik Pergigian Bandar Alor Setar di sini hari ini.
Adham (dua, kiri) beramah mesra bersama kakitangan Klinik Pergigian Bandar Alor Setar di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif memperkenalkan Cegah dan didik, Amal,Patuh dan Pantau (CAPP) kepada masyarakat dalam memperkasakan Program Pengurangan Risiko Daerah.

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, CAPP itu menekankan pelbagai aspek penting yang perlu difahami dan dipatuhi oleh rakyat dalam usaha menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

Katanya, fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula semalam sehingga 31 Ogos ini turut meletakkan masyarakat sebagai barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19.

"Rakyat adalah barisan hadapan dan mereka juga mudah untuk menerima maklumat menerusi pelbagai sumber, yang paling mudah adalah melalui aplikasi MySejahtera.

"Di situ mereka dapat melihat perkembangan Covid-19 di negara kita termasuk data-data harian serta kawasan-kawasan hijau,"katanya kepada media selepas melawat Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, di sini hari ini.

Menurutnya, dalam usaha memperkasakan Program Pengurangan Risiko Daerah, setiap daerah perlu memastikan kawasan merah dan kuning dapat ditangani manakala kawasan hijau turut dilindungi.

"Di peringkat negeri pula menteri besar memainkan peranan besar untuk membawa maklumat ini untuk disampaikan kepada pejabat daerah. Ini supaya kita dapat melaksanakan program ini menggunakan kekuatan negeri masing-masing,"katanya.

Tambahnya, usaha itu juga dipantau rapat oleh KKM sendiri yang mana beliau sendiri akan memaklumkan kepada menteri besar ketika lawatannya ke setiap negeri.

Artikel Berkaitan:

"Saya lihat negeri Kedah dan Perlis ini sudah lama (kawasan) hijau jadi ia merupakan negeri yang selamat ketika ini,"katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai pematuhan PKP, Adham berkata, beliau memberi jaminan rakyat negara ini patuh pada arahan PKP.

"Ini dapat dibuktikan apabila kita melihat trend sambutan raya, kalau rakyat kita tak patuh kita akan dapat peningkatan jangkitan Covid-19 hari ini atau dua tiga hari sebelum ini.

"Tetapi oleh kerana tiada peningkatan jadi saya jamin rakyat Malaysia patuh pada PKP," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!