Saksi mengaku hisap ganja sebelum kebakaran

Emran keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memberi keterangan semalam.
Emran keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas memberi keterangan semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Saksi ketiga pembelaan prosiding kes remaja didakwa membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah beberapa tahun lalu mengaku menghisap ganja bersama tertuduh beberapa jam sebelum kebakaran berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Emran Fazley Abu Bakar, 19, berkata, dia bersama enam rakannya yang dikenali Jupeng, Deni, Naam, Haikal, Adek dan Shahrul ke Taman Balak, Kampung Datuk Keramat dengan menunggang motosikal.

Menceritakan detik kejadian ketika ditanya oleh peguam, Haijan Omar, Emran berkata, mereka terpaksa mengubah lokasi menghisap ganja dari rumah ke taman berkenaan kerana tidak tahan dengan teguran jiran.

Emran berkata, mereka berlapan kemudiannya bertolak ke pusat hiburan untuk bermain snuker sambil disertai oleh dua lagi rakan lain.

Katanya, selepas selesai bermain snuker sekitar jam 3 hingga 4 pagi, mereka berpecah dengan sebahagian daripadanya kembali ke taman untuk menghabiskan baki ganja manakala yang lain ke rumahnya untuk melepak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!