198 pokok ganja temui di dalam bilik
LIVERPOOL - Seorang lelaki ditahan polis selepas mendapati bilik tidurnya mempunyai puluhan pokok ganja di sini baru-baru ini.
Menurut laporan portal berita Liverpool Eco pada 10 Jun lalu, dia pada mulanya berjaya melarikan diri selepas ditemui dalam keadaan mencurigakan dalam satu rondaan polis.
Polis kemudian menemui dia bersembunyi dalam sebuah bilik tidur di sebuah bangunan di Grenfell Road, Clubmoor di sini..
Sebanyak 198 pokok ganja turut ditemui yang ditanam dalam lima buah bilik di bangunan itu.
Pihak polis turut mendapati pendawaian elektrik di bangunan itu dibuat secara tidak selamat.
Polis menyatakan pendawaian bekalan elektrik itu membimbangkan dan berpotensi membahayakan penduduk yang bekerja dan tinggal berdekatan di bangunan tersebut.
Menurut portal tersebut, seorang lelaki berusia 22 tahun dari Toxteth ditangkap berhubung kes penanaman ganja, pendawaian elektrik yang tidak menepati piawaian dan kemasukan secara haram ke United Kingdom.
Ketua Pasukan pembongkaran Kanabis, Matt Brown Polis Merseyside berkata, penemuan ini merupakan sebuah lagi ladang ganja yang terbesar yang mencetuskan kebimbangan.
"Kecuaian seumpama itu (pendawaian elektrik) meletakkan nyawa penduduk yang tinggal dan bekerja berhampiran bangunan itu berisiko menghadapi kejadian kebakaran termasuk jenayah keganasan yang kami kerap dapati mempunyai kaitan dengan aktiviti tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!