Orang Melayu perlu bijak berpolitik, pertahan agama, bangsa

Mohamad Hasan - Foto SHARIFUDIN ABD RAHIM
Mohamad Hasan - Foto SHARIFUDIN ABD RAHIM
A
A
A

LIPIS - Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan supaya orang Melayu bijak berpolitik termasuk mempertahankan agama dan bangsa.

Menurutnya ia juga merangkumi aspek lain seperti tidak berpecah belah dengan hanya mengikut ideologi politik ‘kepartian’masing-masing.

“Orang Melayu apabila berpolitik ikut kepartian. Sebab itu kita berpecah sehingga kepada enam parti. Itu belum lagi yang (parti) kecil.

“Oleh itu, pada malam ini, kita jangan toleh kebelakang lagi. Umpama bawa kereta. Kalau asyik tengok cermin sisi belakang, paparan gambar kecil. Sebab itu kita perlu lihat ke depan,” katanya ketika berucap dalam ceramah Perdana di Dataran Sungai Koyan 1, malam ini.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN, Ramli Mohd Nor.

Abdul Hadi Awang - Foto SHARIFUDIN ABD RAHIM
Abdul Hadi Awang - Foto SHARIFUDIN ABD RAHIM

Dalam pada itu, Mohamad juga mengingatkan orang Melayu perlu belajar dan menjadikan sejarah politik di Singapura sebelum ini dalam mencorak politik dan menjaga kepentingan bangsa.

Ujarnya, PRK Cameron Highlands perlu menjadi titik permulaan orang Melayu untuk bersatu sebelum PRK Dun Semenyih.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Abdul Hadi menyeru pengundi turun beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada Ramli yang juga calon tempatan.

Menurutnya, dengan pengalaman dan reputasi serta tahap pendidikan dimiliki Ramli dilihat sesuai untuk membawa suara penduduk di kawasan itu ke Parlimen.

"Pilihanraya ini membawa makna yang sangat besar, penting, tunaikan kewajipan dengan rasa semangat.

"Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, jika kalau semua bersatu hati, kerja yang susah semuanya senang," katanya yang turut sempat berpantun sebelum mengakhiri ucapannya di pentas tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!