Warga Thailand ditemui lemas di Sungai Golok

Mayat Faiz ditemui anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang pada jam 7.30 pagi tadi.
Mayat Faiz ditemui anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang pada jam 7.30 pagi tadi.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran Pos Kawalan Tentera Tok Oh, Lubok Stol di sini ditemui lemas pagi tadi.

Mayat Faiz Deraman,28, ditemui anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui kira-kira enam kilometer (km) dari tempat dia dipercayai terjatuh.

"Kita memulakan rondaan untuk mencari mangsa pada jam 6.30 pagi.

"Sejam kemudian, mayat mangsa telah ditemui berada dalam keadaan terapung," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang lelaki warga Thailand dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Golok berhampiran Pos Kawalan Tentera Tok Oh, Lubok Stol.

Mangsa dikatakan bertindak sedemikian ketika cuba meloloskan diri sejurus menyedari kehadiran anggota tentera yang bertugas di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Warga Thailand dikhuatiri lemas di Sungai Golok

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!