Dr Mahathir sinis mahu tubuhkan Parti Apa Aku Dapat
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis dengan nada sinis dan bercadang untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu.
Menerusi blog CheDet, Dr Mahathir berkata, parti yang dinamakan Parti Apa Aku Dapat (Parti AAD) bertujuan untuk memperkayakan orang Melayu yang belum diberi apa-apa jawatan.
"Ramai orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sekarang ia sudah berpecah dua," katanya.
Pada masa sama, Dr Mahathir menyatakan untuk menyertai parti AAD tidak perlu membayar yuran keahlian.
"Caranya adalah melantik sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuh khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum dapat dan yang ingin dapat banyak lagi.
"Dan sesiapa yang belum dapat bolehlah membuat permohonan untuk jadi ahli atau presiden, timbalan presiden, naib presiden dan lain-lain," katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tun M, enam lain saman Muhyiddin dan RoS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!