Trump terus kempen pilihan raya, tak hirau ancaman Covid-19
WASHINGTON - Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.
Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak Covid-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.
Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.
Kes Covid-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia.
Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!