Lebih 4,000 kes kemalangan dicatat sepanjang tahun lalu

Mohd Abduh
Mohd Abduh
A
A
A

KLUANG - Polis daerah ini mencatatkan 4,828 kes kemalangan sepanjang tahun lalu dan daripada jumlah tersebut, 73 kes kemalangan maut dicatatkan melibatkan 84 kematian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, penunggang motosikal adalah penyumbang tertinggi kemalangan maut iaitu 43 kematian dan punca-punca utamanya adalah disebabkan menunggang laju dan kecuaian penunggan itu sendiri.

"Selain itu, beberapa operasi penguatkuasaan trafik telah dilakukan khususnha operasi samseng jalanan dalam usaha menangani kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal.

"Sebanyak 24 operasi jalanan telah diaturkan dengan 666 keping saman Pol. 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan motosikal dengan empat tangkapan di bawah Seksyeb 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang secara bahaya," katanya.

Menurutnya, 190 motosikal juga disita atas kesalahan tidak memiliki cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh dan mengubahsuai aksesori motosikal dan pelbagai kesalahan lain.

Katanya, statistik rekod saman yang dikeluarkan di daerah Kluang sepanjang tahun lalu pula 46,243 saman dan daripada jumlah tersebut, saman Pol. 256 dikeluarkan sebanyak 15,973 manakala saman Pol. 170A dikeluarkan sebanyak 30,270 saman.

"Pandu laju antara kesalahan lalu lintas yang tinggi dicatatkan sebanyak 30,352 keping saman dikeluarkan diikuti kesalahan berkaitan lesen memandu sebanyak 3,084 saman.

"Untuk tahun ini pula, tumpuan dan fokus kami adalah untuk menangani kesalahan-kesalahan lalu lintas yang menjurus ke arah kemalangan jalan raya di daerah ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!