Penyanyi Alalala Tok, Poe meninggal dunia

Allahyarham Poe.
Allahyarham Poe.
A
A
A

PENYANYI era 1990an, Poe yang popular dengan lagu Alalala Tok (Jangan Saman) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, jam 12.30 tengahari tadi, akibat masalah jantung dan komplikasi buah pinggang.

Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit tersebut.

Menurut isteri Allahyarham, Nor Aisyah Zakaria, 54, Allahyarham dimasukkan di Hospital Selayang pada minggu lalu kerana masalah yang sama, sebelum dibenarkan pulang ke rumah selepas lima hari mendapat rawatan.

“Doktor bagi kebenaran untuk pulang berehat di rumah selepas lima hari di hospital. Namun selepas keluar hospital, arwah tak ada selera makan dan susah nak tidur.

“Sepatutnya semalam arwah ada temujanji dengan doktor, tetapi disebabkan keadaan dia yang lemah, tak jadi pergi.

“Bila tengok kaki dan tangannya semakin membengkak, saya terus hubungi ambulan untuk dibawa ke hospital. Ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Aisyah turut memaklumkan jenazah arwah suaminya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak petang ini.

Menerusi perkahwinan bersama Nor Aisyah, Allahyarham dikurniakan lima anak (seorang meninggal dunia).

Ketika aktif dalam dalam industri muzik, Allahyarham pernah menganggotai kumpulan Rampa bersama rakan baiknya, Zainal dan cukup dikenali dengan lagu-lagu berunsurkan komedi.

Artikel Berkaitan:

Selepas merakamkan tiga bual album iaitu Dunia Materialistik, Apa Macam dan Antara Kita dengan Iblis dan Syaitan, Poe kemudiannya bergerak secara solo.

Terdahulu sebelum itu, Allayarham pernah bergelar kartunis di majalah Gelihati terbitan Karangkraf.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!