Tindakan tegas warga asing miliki MyKad palsu: Ismail Sabri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Amaran buat warga asing yang memiliki MyKad palsu, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan kerajaan Malaysia, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, di bawah Op Benteng yang dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), penguatkuasaan terhadap warga asing diperkasakan termasuk mereka yang menggunakan MyKad palsu.

"Seperti saya katakan tindakan kita untuk menangkap pendatang tanpa izin ialah termasuk mengambil tindakan jika mereka menghalalkan kemasukan ke negara ini menggunakan dokumen pengenalan palsu.

"Op Benteng akan diteruskan termasuk kalau ada membuktikan mereka menggunakan kad pengenalan klon dan sebagainya, tindakan akan diambil sekeras-kerasnya," katanya pada sidang media harian perkembangan PKPP di sini hari ini.

Semalam, dilaporkan polis menahan lapan warga Indonesia yang cuba memohon pekerjaan di sebuah kilang menggunakan MyKad palsu.

Hasil siasatan mendapati rakyat Indonesia berkenaan mendapatkan MyKad itu daripada beberapa individu berasingan dengan membayar RM200 hingga RM300 tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!