Tiga maut, kereta bertembung di Lebuh AMJ

Kereta Proton Saga yang dipandu Mohd Fairuz remuk dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Serkam, malam tadi.
Kereta Proton Saga yang dipandu Mohd Fairuz remuk dalam kemalangan di Lebuh AMJ berhampiran Serkam, malam tadi.
A
A
A

JASIN - Tiga maut termasuk pasangan suami isteri dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran persimpangan lampu isyarat Serkam menghala ke Melaka malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Mohd Fairuz Haron, 30-an dan isterinya Eziani Abu Bakar, 34 yang menaiki kereta Proton Saga.

Dua anak mangsa, Muhammad Amirul Asyraf Mohd Fairuz, 3, serta kakaknya Nurul Fatiha Adelia, 7, yang turut berada di dalam kenderaan terbabit, terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Turut maut dalam kemalangan itu, pemandu kereta jenis Produa Myvi, Lee Boon Yong, 22, manakala penumpang kenderaan terbabit yang berada di sebelah tempat duduk pemandu, Siah Shi, 21, mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta Produa Myvi dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.
Kereta Produa Myvi dipercayai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Produa Myvi yang datang dari arah Melaka menuju ke Muar telah memasuki arah bertentangan lalu melanggar kereta yang dinaiki pasangan suami isteri terbabit yang datang dari arah Muar.

“Mangsa yang maut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Menurut Arshad lagi, pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya dapat tampil bagi membantu siasatan.

“Polis masih meneruskan siasatan dan kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Arshad berkata, kemalangan itu juga telah mengakibatkan kesesakan lalulintas hampir lapan kilometer selama kira-kira satu setengah jam namun keadaan dapat di kawal sepenuhnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!