PDRM digesa siasat pendedahan bekas Peguam Negara

Hamidah menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kampung Rapat ketika sidang media di sini hari ini.
Hamidah menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kampung Rapat ketika sidang media di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka segera kertas siasatan berhubung pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mengenai konspirasi membabitkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu dilihat serius kerana turut melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang menggunakan sistem perundangan negara untuk menjatuhkan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, isu berkenaan telah mendapat perhatian umum dan perlu diberi perhatian sewajarnya bagi melihat sama ada pendakwaan terhadap Najib dalam kes SRC International bersifat konspirasi politik atau sebaliknya.

"Pihak polis perlu membuka kertas siasatan terhadap pendedahan ini kerana ia melibatkan usaha dan konspirasi yang besar untuk menyalahgunakan sistem serta badan perundangan negara.

"Siasatan terhadap pendedahan ini perlu dijalankan dengan segera kerana melibatkan kes yang sedang berjalan di mahkamah yang dikaitkan dengan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur agar keadilan dapat ditegakkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Apandi melalui Facebook miliknya mendedahkan Dr Mahathir pernah cuba memujuknya agar menangkap Najib yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri melalui Sri Ram.

ARTIKEL BERKAITAN: Apandi Ali dakwa Tun M hantar Gopal Sri Ram pujuk tangkap Najib

Dalam pada itu, Hamidah berkata, kebimbangan itu bukan sahaja ketidakadilan kepada Najib tetapi kepada seluruh rakyat di negara ini yang mempercayai sistem kehakiman negara.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jika benar wujud konspirasi tersebut, ia membuktikan bahawa sistem perundangan negara telah dicabuli kerana pendakwaan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan seseorang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!