Pekida setuju pesakit Covid-19 tenat dilarang mengundi

Ngah Ismail
Ngah Ismail
A
A
A

KUANTAN - Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Pahang menyokong saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak membenarkan pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital keluar wad untuk mengundi.

Pengerusi Pekida Pahang, Datuk Ngah Ismail berkata, perkara itu amat penting demi menjaga kesihatan pengundi lain dan petugas yang berada di lokasi mengundi.

"Pada pandangan saya yang juga akan bertugas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini saya setuju demi kesihatan dan keselamatan semua pihak.

"Kalau dia (pesakit) pergi nanti bimbang menjangkiti orang lain. Sedangkan masjid pun masih tutup tak dibenarkan solat inikan pula setakat mengundi.

"Tak payah pergi mengundi pun tak apa demi kesihatan umum. Saya sangat bersetuju dengan pandangan dan saranan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Dr Noor Hisham dipetik sebagai berkata, Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) mengundi bagi pesakit yang dikuarantin atau ditahan di wad akibat jangkitan Covid-19.

Menurutnya jika pesakit terbabit berada dalam keadaan tenat, ia memerlukan SOP khas bagi membolehkannya mengundi.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan menyediakan khemah khas dan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas serta pesakit Covid-19 yang bakal mengundi di pusat mengundi pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Positif Covid-19 boleh mengundi

KKM sedia SOP untuk pesakit Covid-19 keluar mengundi

SPR sokong langkah KKM

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!