ASP ditahan terima suapan RM11,000
KOTA BHARU - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan ditahan dipercayai menerima wang suapan berjumlah RM11,000.
Wang suapan berkenaan dipercayai sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap dua tahanan bersabit kesalahan mencuri dan menganiaya binatang.
Pegawai tersebut ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada jam 3 semalam.
Suspek yang dibawa ke Mahkamah Kota Bharu direman selama enam hari bermula semalam hingga 17 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain mengesahkan mengenai penahanan reman tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!