KHM, jangan terburu-buru!

Megat D Shahriman Zaharudin
Megat D Shahriman Zaharudin
A
A
A

PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (PHKL) berharap supaya Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mempertimbangkan sebaik mungkin cadangan meneruskan penganjuran saingan Piala Tun Abdul Razak 2020.

Menurut Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, kajian semula penganjuran itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PPKP) dilaksanakan kerajaan sehingga 31 Ogos depan.

"Lebih baik kiranya KHM tidak membuat keputusan yang terburu-buru dan membuat perincian lebih mendalam sebelum memohon kelulusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan.

"Janganlah kita merisikokan kesihatan para pemain dan mengambil sambil lewa perkara ini dengan menganggap tempoh PPKP ini sebagai ‘tempoh percutian’ sedangkan peperangan kita dalam mengatasi wabak Covid-19 belum berakhir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kejuaraan hoki diteruskan tahun ini

KHM sebelum ini dilaporkan optimis bahawa kejohanan hoki tertua negara itu masih boleh diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu daripada 21 hingga 29 Ogos depan.

Tegas Megat D Shahriman lagi, sebarang kemungkinan boleh berlaku mengambil kira insiden terbaru tukang gunting rambut di Setapak yang hanya disahkan positif Covid-19 selepas memulakan operasi perniagaan.

"Ia satu tindakan kurang matang daripada KHM sekiranya meneruskan penganjuran kejohanan selagi sekatan dikenakan dalam tempoh PKPP.

Artikel Berkaitan:

"Harus diingat situasi sukan hoki tanah air adalah jauh berbeza daripada apa yang dihadapi pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang perlu memitigasi kerugian komersial kerana ia melibatkan nilai kos penajaan yang tinggi.

"Kita sepatutnya memberikan sokongan penuh kepada apa saja garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan," katanya.

Pada masa sama, Menurut Megat D Shahriman, pihak KHM juga perlu melihat dari aspek persiapan setiap pasukan negeri, yang mana kekangan masa akan menyebabkan timbulnya masalah lain pada kemudian hari selain gagal menyajikan kejohanan yang kompetitif ekoran persiapan yang singkat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!