Mongolian Yurt
13 Jun 2020 01:57pm
Masa membaca: 4 minit
Pemilik Rick Resort Chak Yue Pooi, 57, mendapat idea membina sebuah resort apabila melihat keunikan dan keistimewaan khemah berkonsepkan 'Mongolian Yurt' yang mana 'yurt' dalam bahasa Turki bermaksud khemah bulat menerusi hasil carian di internet. Resort yang terletak di Jalan Woo Saik Hong di Pasir Berdamar mula dibuka pada Disember 2018 dan mempunyai 14 buah 'Mongolian Yurt' serta 14 buah lagi bilik berkonsepkan minimalis yang mampu memuatkan hampir 100 orang pada satu-satu masa.
Keseluruhan khemah itu dilitupi dengan lima lapisan kain kanvas dengan bumbungnya menggunakan besi bagi mengukuhkan struktur khemah dan lantai diperbuat daripada papan selain menggunakan buluh sebagai hiasan dinding. - Foto Bernama