Tahan 'azab' cincin tersangkut di jari
SUNGAI BESAR - Seorang wanita terpaksa menahan azab apabila cincin dipakainya gagal ditanggalkan sejak beberapa minggu lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khuzaimey Ibrahim berkata, akibat tidak dapat menanggung kesakitan, wanita berusia lingkungan 20-an itu mengambil keputusan ke BBP Sungai Besar bersama dua rakannya pada jam 1.13 petang semalam untuk mendapatkan bantuan.
Menurutnya, mangsa menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin yang dipakai di jari kanan tengah sebelum ini namun gagal dan memutuskan menyerahkan perkara itu kepada pihak bomba untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Berdasarkan keterangan mangsa, cincin emas yang dipakainya beberapa minggu lalu tersekat di jari dan tidak dapat ditanggalkan," katanya kepada Sinar Harian.
Khuzaimey berkata, pihaknya berjaya menanggalkan cincin terbabit dalam tempoh masa kira-kira 15 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!