Jangan tanggalkan 'wristband' sebelum tamat tempoh pemerhatian: KKM

Gambar hiasan -Foto KKM
Gambar hiasan -Foto KKM
A
A
A

PUTRAJAYA - Individu yang diletakkan di bawah arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah boleh dikenakan tindakan sekiranya menanggalkan gelang tangan (wristband) sebelum tamat pemerhatian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang tersebut hanya boleh ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian tamat.

Menurutnya, setiap pengembara atau individu yang baru pulang dari luar negara akan dipakaikan gelang atau wristband sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.

"Gelang tangan ini perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah.

"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ingin mengingatkan orang awam yang telah diletakkan di bawah arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan," katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, individu tersebut juga diingatkan agar tidak berkongsi barang peribadi dengan ahli yang lain.

"Selain itu, mereka juga perlu kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain bagi

mengelakkan ahli keluarga terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah merupakan arahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) iaitu sekiranya mana-mana individu berkenaan didapati melanggar arahan, mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!