NGO buat laporan polis terhadap Sri Ram
ALOR SETAR - Gerakan Membela Rakyat (Membara) membuat suatu laporan polis terhadap bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga pendakwa raya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengasasnya, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan di laman Facebook oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang membuktikan bahawa Sri Ram terlibat secara langsung dalam perancangan tuduhan palsu dan gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2018.
Menurutnya, laporan polis itu juga dibuat untuk memohon agar pihak Peguam Negara membatalkan Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam kes 1MDB atau mana-mana kes melibatkan Najib.
"Saya juga memohon agar mahkamah membatalkan semua hasil prosiding dalam kes 1MDB yang melibatkan Sri Ram sebagai pendakwa raya.
"Siasatan secara terperinci juga perlu dilakukan ke atas hakim dan polis yang didakwa dalam gerakan dan perancangan menangkap Najib pada ketika itu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN Apandi Ali dakwa Tun M hantar Gopal Sri Ram pujuk tangkap Najib
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!