Warisan nafi khabar angin tinggalkan PH

Warisan
Warisan
A
A
A

KOTA KINABALU- Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan khabar angin kononnya parti itu meninggalkan rakan sekutunya, Pakatan Harapan (PH) seperti kenyataan tular di media sosial sejak semalam.

Setiausaha Agungnya Datuk Loretto Padua berkata kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memecah-belahkan kerjasama PH Plus.

"Untuk rekod, Warisan tidak pernah berada dalam gabungan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lagi.

"Bagaimanapun, pendirian Warisan konsisten untuk bekerjasama dengan PH sehingga sekarang digelar PH Plus,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Justeru, katanya Warisan meminta penyokongnya agar tidak mempercayai berita palsu tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!