Pengajian percuma kepada penduduk DUN Permatang

Rozana Zainal Abidin
Rozana Zainal Abidin
A
A
A

TANJONG KARANG - Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang ditawarkan yuran pengajian percuma semester pertama khusus bagi yang mengikuti program di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di Universiti Selangor (Unisel).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, inisiatif dikenali Biasiswa Bestari Universiti Selangor itu khas untuk komuniti di DUN berkenaan yang menyambung pengajian di Unisel Kampus Bestari Jaya.

Menurutnya, yuran percuma itu ditawarkan pada sesi pengajian Julai tahun ini bagi program tahun asas manakala diploma serta ijazah pula pada Ogos tahun sama.

"Untuk permohonan boleh terus ke www.apply.unisel.edu.my.

"Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon 03-55223400, 018-5714084 atau 018-5714087 untuk keterangan lanjut," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!