PDRM pantau pesalah trafik dari udara

Pemantauan dari udara membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari.
Pemantauan dari udara membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan pemantauan melalui udara bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Komander (Operasi) PGU, Senior Asisten Noor Sham Md Jani berkata, pemantauan itu membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari.

Menurutnya, helikopter jenis AS355N dilengkapi kamera canggih dikenali sebagai 'wescam' yang boleh mengenal pasti dan merekod nombor pendaftaran kenderaan yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan jalan raya.

"Sejak PKPP dilaksanakan, kami sudah menjalankan pemantauan dari udara dan membantu Jabatan Penguatkuasaan Trafik untuk mengenal pasti pesalah trafik yang melanggar peraturan jalan raya termasuk mereka yang menggunakan laluan kecemasan.

"Wescam ini dipasang untuk operasi sepanjang PKPP dan dengan adanya kamera canggih ini, ia akan terus dihantar secara langsung ke Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Artikel Berkaitan:


Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya bahawa pemantauan di udara diteruskan dari masa ke masa bukan sahaja untuk memantau keadaan trafik di semua lebuh raya utama negara tetapi juga mengesan pesalah trafik. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!