Stor simpan barang lama terbakar
ALOR SETAR - Sebuah stor penyimpanan barang-barang lama terbakar di Susuran Madrasah Taman Seri Kota, Jalan Kuala Kedah, dekat sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.34 pagi dan sepasukan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa.
"Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah stor kediaman simpanan barang-barang lama kelas B yang dibina berasingan di belakang rumah.
"Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah rumah dua tingkat kelas A kira-kira satu peratus di bahagian bumbung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi mengawal dan memadamkan kebakaran itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Kedah, PBS Kilang Tebu, PBS Seberang Nyonya, PBS Jalan Kundor dan PBS Pokok Sena.
Katanya, kebakaran itu dapat dikawal pada jam 3.47 pagi sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.10 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!