APM tangkap tedung senduk jantan bersama 20 anak baru menetas

Sebanyak 20 ekor anak ular spesies tedung senduk yang dipercayai baru menetas.
Sebanyak 20 ekor anak ular spesies tedung senduk yang dipercayai baru menetas.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seekor ular tedung senduk jantan bersama 20 lagi anak ular berjaya ditangkap oleh Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pasir Puteh di bawah timbunan kayu buruk di sebuah rumah di Kampung Sri Aman Dalam, di sini semalam.

Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, reptilia tersebut dipercayai menghuni kawasan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Kehadiran reptilia itu disedari oleh orang awam selepas ternampak seekor ular tedung senduk dewasa melintasi jalan di kawasan itu sebelum masuk ke dalam timbunan kayu," katanya.

Menurutnya, APM Pasir Puteh menerima panggilan orang awam pada jam 11 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan itu seramai lima anggota telah digerakkan untuk kerja-kerja menangkap reptilia tersebut.

Bapa dan 20 ekor anak ular tedung senduk berjaya ditangkap anggota APM Daerah Pasir Puteh di sebuah rumah di Kampung Sri Aman Dalam di sini semalam.
Bapa dan 20 ekor anak ular tedung senduk berjaya ditangkap anggota APM Daerah Pasir Puteh di sebuah rumah di Kampung Sri Aman Dalam di sini semalam.

"Setiba di lokasi kejadian kami telah melakukan pemeriksaan dan menemui seekor ular tedung dewasa jantan yang panjangnya 1.5 meter.

"Selepas berjaya menangkap reptilia tersebut, kami dikejutkan dengan kehadiran dua ekor anak ular yang kecil," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nik Mohd Nor berkata, pemeriksaan lanjut di kawasan itu membawa kepada penemuan kira-kira 20 ekor anak ular yang dipercayai baru menetas.

Katanya, APM Pasir Puteh mengambil masa selama 20 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

"Ramai yang tidak tahu bahawa anak ular tedung senduk mempunyai bisa yang lebih kuat dari ular dewasa.

"Jadi berhati-hatilah dan jangan ambil mudah dengan mahu menangkap atau cuba bermain-main dengan haiwan berbisa ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!