Enam pemburu warga Kemboja dijel 10 bulan

Kesemua pemburu haram dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku salah atas tiga pertuduhan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Kesemua pemburu haram dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku salah atas tiga pertuduhan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Enam pemburu haram warga Kemboja dijatuhi hukuman 10 bulan penjara di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa kebenaran, tahun lalu.

Keputusan dibuat selepas keenam-enam tertuduh yang menceroboh Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu untuk memburu dan mencari kayu jenis cengal itu mengaku bersalah bagi tiga pertuduhan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, mereka bersama-sama didakwa menyimpan satu bahagian gading gajah spesies Gajah Asia, satu bahagian cengkerang spesies Kura-Kura Duri Bukit serta empat bahagian bulu burung spesies Kuang Raya tanpa permit khas yang merupakan hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Dengan itu, mereka didakwa melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 68(1)(b) dan satu kesalahan mengikut Seksyen 68(2)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama serta dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu, jam 6 pagi, pada 20 Oktober 2019.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Khadijah Mat Amin di hadapan Hakim, Nooriah Osman dan pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kemboja oleh jurubahasa dilantik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!